Tuesday, 25 August 2015

Tempat Berlindung Untuk Manusia

Jenis tempat tinggal yang diperlukan oleh manusia mempunyai pelbagai faktor. Antaranya ialah, untuk berlindung daripada perubahan cuaca seperti hujan dan panas terik, pemilihan lokasi amatlah penting. 

 Jika berlaku sebarang perubahan cuaca seperti hujan lebat, lokasi yang dipilih perlulah jauh daripada pokok ataupun material yang bersifat besi. Hal ini bagi mengelakkan berlaku renjatan elektrik yang menyebabkan kerosakan kepada denyutan jantung dan sistem saraf. 

 Material yang dipilih bagi mengelakkan cuaca panas ialah lokasi di mana kebanyakan haba tidak perlu diserap secara banyak. Hal ini bagi mengelakkan tubuh badan tidak menerima terlalu banyak haba dan merosakkan sistem saraf.



Saturday, 22 August 2015

Jenis makanan yang diperlukan oleh manusia


Manusia memerlukan makanan yang seimbang agar dapat hidup sihat dan kuat. Bagi menjamin kehidupan yang sihat, manusia perlu makan mengikut urutan piramid makanan.

Makanan yang perlu diambil oleh manusia mempunyai tujuh peringkat. Peringkat pertama ialah karbohidrat. Karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang paling banyak. Kita digalakkan mengambil karbohidrat yang banyak untuk membina tenaga.

Peringkat kedua ialah serat. Serat perlu diambil dalam kuanta yang banyak supaya badan kita bebas daripada penyakit.

Peringkat ketiga ialah protein. Protein diambil dalam kuantiti yang sedikit agar badan menguatkan otot-otot tubuh badan manusia.

Peringkat keempat ialah lemak. Lemak diambil dalam kuantiti yang paling sedikit dalam sajian makanan. Lemak dapat memberikan tenaga jika diambil dalam kuantiti yang berpatutan dan akan memudaratkan kesihatan jika diambil dalam kuantiti yang banyak.


Sunday, 26 July 2015

Salam perkenalan.

blog ini didaftar pada 27 Julai 2015.